SMK JASIN

SMK JASIN

18 October 2015

MAJLIS GURU & PEKERJA (MGP) SMK JASIN SESI 2014/2015

#KAMI DAH HABIS KONTRAK DAH



MAJLIS MINUM PETANG (HI TEA) SMK JASIN 2015

Pada 16 Oktober 2015 (Jumaat), Majlis Guru & Pekerja (MGP) SMK Jasin Sesi 2014/2015 telah menganjurkan Majlis Minum Petang (Hi Tea) yang merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa MGP telah berlangsung di Beruang Hill Resort, Ayer Keroh, Melaka. Turut diraikan dalam majlis ini ialah Puan Mahaya (PT Pentadbiran) yang akan bertukar dan berkhidmat di SK Ayer Baruk. Majlis yang diberi tema "Sedetik Bersama, Sehayat Terasa" telah berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. Jutaan tahniah kepada semua Jawatankuasa MGP SMJ yang menganjurkan majlis ini dan terima kasih kepada semua yang hadir. Untuk rekod, semua Jawatankuasa MGP SMJ 2014/2015 akan menamatkan perkhidmatan selaku AJK MGP setelah memegang tampuk pentadbiran selama 2 tahun. Selamat maju jaya kepada Jawatankuasa MGP SMJ Sesi 2016/2017!