SMK JASIN

SMK JASIN

19 May 2015

BENGKEL SUKSES SKOR A MATEMATIK TAMBAHAN DAERAH JASIN 2015

Panitia Matematik Tambahan SMK Jasin telah dipilih menjadi tuan rumah bagi subjek Matematik Tambahan Daerah Jasin. Antara program yang telah dirangka adalah Bengkel Sukses Skor A Matematik Tambahan Peringkat Daerah Jasin dimana 17 buah sekolah menengah daerah Jasin terlibat dengan program ini. Bengkel ini telah dilaksanakan pada 9 Mei 2015 bermula dari jam 8.00 pagi dan tamat pada pukul 2,00 petang yang berlangsung di PPD Jasin. Bengkel ini dikendalikan oleh Tuan Haji Busrah Md Seh, yang juga merupakan Guru Pakar Matematik Tambahan di SMK Jasin dengan kerjasama semua guru Matematik & Matematik Tambahan serta dibantu oleh Young Tutor seramai 10 pelajar. Jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan para pelajar yang terlibat. Semoga memperoleh kejayaan cemerlang pada SPM 2015!



























No comments:

Post a Comment