SMK JASIN

SMK JASIN

8 February 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK JASIN 2015

Pada 5 Februari 2015 (Khamis), Kejohanan Merentas Desa SMK Jasin 2015 telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada Rumah Sukan Laksamana kerana telah berjaya merangkul Juara Keseluruhan pada kejohanan kali ini. Jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua pemenang!


























MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH & PELANTIKAN PENGAWAS SMK JASIN 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Pada 2 Februari 2015 (Isnin), Majlis Penyerahan Watikah & Pelantikan Pengawas SMK Jasin 2015 telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai PPD Jasin, Tuan Ab Malek bin Kassim. Majlis ini juga turut dihadiri oleh para ibu bapa pelajar terlibat. Sekalung tahniah kepada Lembaga Pengawas dengan kerjasama semua guru dalam menganjurkan majlis ini. Jutaan tahniah kepada para pelajar yang dilantik sebagai pengawas dan selamat menjalankan tugas!










 





PERHIMPUNAN RASMI : TUAN HAJI ABDUL BIN DAUD

Pada 19 Januari 2015 (Isnin), SMK Jasin telah menjemput Tuan Haji Abdul bin Daud, Wakil daripada PPD Jasin untuk menyampaikan amanat. Tuan Haji Abdul dalam ucapannya menggariskan gelombang-gelombang yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Terima kasih tuan atas ucapan amanat yang diberikan. Semoga para guru dan pelajar mengambil maklum berkenaan dengan PPPM ini. Terima kasih!