SMK JASIN

SMK JASIN

2 January 2015

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU SESI 2015

Pendaftaran para pelajar Tingkatan 1 sesi 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, 2 Januari 2015 (Jumaat). Program ini dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Pengetua, seterusnya YDP PIBG SMK Jasin, Encik Mohd Yusof dan diikuti oleh taklimat GPK Hal Ehwal Murid. Seterusnya, para guru Tingkatan 1 telah diperkenalkan kepada para pelajar dan ibu bapa. Untuk makluman pada tahun ini semua kelas akan mempunyai dua guru tingkatan bagi membantu memudahkan pengurusan kelas. Jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat!














MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI 2015

Pada 30 & 31 Disember 2015 telah berlangsungnya Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi 2015. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Baharudin bin Husin. Pada mesyuarat ini Tuan Pengetua telah menerangkan berkenaan dengan perancangan serta hala tuju SMK Jasin ke arah mencapai kejayaan yang lebih gemilang dari aspek pembangunan sahsiah dan kerohanian pelajar, pencapaian akademik dan kokurikulum serta pembentukan disiplin para pelajar SMK Jasin. Para guru juga telah diberi peranan dan tanggungjawab dalam membantu melicinkan pentadbiran serta hala tuju SMK Jasin. Semoga tahun 2015 akan mencipta lebih banyak kejayaan dan sejarah buat warganya. Semoga berjaya semua!








SELAMAT TAHUN BARU 2015!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Belum terlambat lagi rasanya untuk admin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015! Semoga tahun 2015 memberi lebih banyak rahmat dan kejayaan kepada semua Warga SMK Jasin. Semoga berjaya!