SMK JASIN

SMK JASIN

17 November 2014

PERKHEMAHAN PERDANA SMK JASIN 2014


Pada 23 Mei 2014 sehingga 25 Mei 2014, satu perkhemahan perdana anjuran Unit Kokurikulum SMK Jasin telah dilaksanakan di Tapak Perkhemahan Laman Tiga Budaya, Asahan. Program ini melibatkan seramai hampir 100 orang pelajar dan diringi 20 orang guru pengiring. Perkhemahan ini juga mendapat kerjasama yang amat baik daripada Jabatan Perhilitan dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Antara pengisian program adalah Jungle Tracking, Aktiviti Dalam Kumpulan, Persembahan Malam Kebudayaan, BBQ dan sebagainya. Aktiviti seperti ini diharap dapat melatih para pelajar SMK Jasin supaya lebih berdikari dan berdaya saing menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Jutaan terimah kasih diucapkan kepada Pihak Jabatan Perhilitan, JPAM, para guru serta pelajar-pelajar yang terlibat. Tahniah!


Imam Muda Khairil Fadli memantau masakan samada sedap atau kurang sedap =P




Cikgu Jannah tersenyum gembira setelah dikhabarkan terdapat air terjun dalam hutan tersebut

No comments:

Post a Comment