SMK JASIN

SMK JASIN

3 November 2014

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK JASIN 2014

Pada tarikh 29 Oktober 2014 (Rabu), telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan bagi menghargai kecemerlangan pelajar dalam Bidang Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Jasin, Encik Mohd Yusof bin Ahmad dan juga dihadiri wakil Polis dari IPD Jasin. Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah. Semoga kecemerlangan ini diteruskan sentiasa.


Perarakan masuk oleh para tetamu dan diringi oleh Tuan Pengetua

Mohamad Syukri (5 Sains Sukan) terpilih sebagai penerima Anugerah Sahsiah. Syabas!

Anak Cikgu Rave penerima Anugerah Pengakap Diraja. Tahniah!

Mohamad Syafiq diwakili ibunya bagi menerima Anugerah Kecemerlangan PMR 2013

 Penyampai cenderahati kepada wakil IPD Jasin. Terima kasih Tuan!

No comments:

Post a Comment