SMK JASIN

SMK JASIN

20 November 2014

SELAMAT BERCUTI WARGA SMJ!



Selamat bercuti 
kepada semua pelajar dan warga pendidik 
SMK Jasin!

Kepada semua guru, mesyuarat guru kali pertama sesi 2015 akan diadakan pada 30 & 30 Disember 2014 dan pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 & Peralihan Sesi 2015 akan diadakan pada 2 Januari 2015 bermula jam 8.30 pagi.

Selamat bercuti!

18 November 2014

WARGA PENDIDIK SMJ : DAHULU.............KINI......


DAHULU




V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
KINI


WALIMATUL URUS WARGA SMJ

Dijemput semua warga SMJ menghadiri jemputan perkahwinan rakan-rakan SMJ

Tahniah & Selamat Pengantin Baru!


Encik Khairil Fadhli bin Idris & Pasangan


Encik Mohamad Azhar bin Che' Azemi & Pasangan


Cik Nurul Shafikah binti Musa & Pasangan


Anak kepada Puan Hamidah binti Jaafar

KEJOHANAN SUKAN SMJ KALI KE 46

Kejohanan Sukan Tahunan SMK Jasin telah masuk ke edisi 46 tahun penganjurannya. Pada tahun ini, kejohanan telah berlangsung pada 18 dan 19 Jun 2014. Tahniah diucapkan kepada Rumah Sukan Syahbandar kerana telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan dan tahniah juga diucapkan kepada Rumah Sukan Laksamana yang telah berjaya merangkul Tempat Pertama dalam Pertandingan Menghias Rumah Sukan dan juga Perbarisan Terbaik. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Jumpa lagi tahun hadapan!









17 November 2014

SEMINAR KECEMERLANGAN MATEMATIK SPM PERINGKAT PPD JASIN

Pada 9 Ogos 2014, satu Siri Seminar Kecemerlangan Matematik telah diadakan di PPD Jasin yang telah dikelolakan oleh Panitia Matematik SMK Jasin. Semua sekolah menengah di Daerah Jasin telah mengambil bahagian dalam siri seminar ini yang dikendalikan oleh guru Matematik berpengalaman. Seminar ini dianjurkan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar yang bakal menduduki SPM untuk menjawab Kertas Dua Soalan Matematik. Banyak input yang diperloleh sepanjang seminar ini dijalankan. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Tahniah!















SAMBUTAN MAULIDUL RASUL

Acara Sambutan Maulidul Rasul Peringkat SMK Jasin yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Jasin dimulakan dengan perarakan Sambutan Maulidul Rasul yang bermula di padang sehingga ke dewan. Seterusnya adalah ceramah Maulidul Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Manap bin Muhamad dari Unit Dakwah, Majlis Agama Islam Melaka. Jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat!




SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SMK JASIN

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat SMK Jasin telah diadakan pada 4 September 2014. Antara pengisiannya ialah penyerahan Jalur Gemilang kepada Tuan Pengetua, persembahan deklamasi sajak oleh pelajar dari Kelas 4 PA dan persembahan koir oleh pelajar 5 Sains Sukan. Kemuncak sambutan ini ialah nyanyian lagu patriotik secara beramai-ramai yang dinyanyikan dengan penuh semangat sambil mengibarkan jalur gemilang. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!








PERTANDINGAN BOWLING SEMPENA HARI GURU

Sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei 2014, satu Pertandingan Bowling Sempena Hari Guru telah dianjurkan oleh Majlis Guru & Pekerja (MGP) bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC) Ayer Keroh. Sebanyak 10 kumpulan telah bertanding dalam pertandingan ini merebut hadiah bagi kategori individu dan kumpulan. Johan bagi kategori individu lelaki telah dimenangi oleh Encik Thiruchellven A/L Malliah manakala johan kategori wanita dimenangi oleh Cik Tan Ai King. Tahniah!





PERKHEMAHAN PERDANA SMK JASIN 2014


Pada 23 Mei 2014 sehingga 25 Mei 2014, satu perkhemahan perdana anjuran Unit Kokurikulum SMK Jasin telah dilaksanakan di Tapak Perkhemahan Laman Tiga Budaya, Asahan. Program ini melibatkan seramai hampir 100 orang pelajar dan diringi 20 orang guru pengiring. Perkhemahan ini juga mendapat kerjasama yang amat baik daripada Jabatan Perhilitan dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Antara pengisian program adalah Jungle Tracking, Aktiviti Dalam Kumpulan, Persembahan Malam Kebudayaan, BBQ dan sebagainya. Aktiviti seperti ini diharap dapat melatih para pelajar SMK Jasin supaya lebih berdikari dan berdaya saing menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Jutaan terimah kasih diucapkan kepada Pihak Jabatan Perhilitan, JPAM, para guru serta pelajar-pelajar yang terlibat. Tahniah!


Imam Muda Khairil Fadli memantau masakan samada sedap atau kurang sedap =P




Cikgu Jannah tersenyum gembira setelah dikhabarkan terdapat air terjun dalam hutan tersebut